Rabu, Januari 19, 2011

Hari Yg Paling Menduga Aku

Hari ni adalah hari yg paling penuh dengan ujian bagi diri ku huhuhuhuhu...Ya Allah...Ya Tuhan... ku harap2 hari ini tidak berulang lagi...cukup la aku merasainya.......betul2 aku tidak dpt lupakan kejadian hari ni......andai sesuatu terjadi mmg aku tidak akan dapat memaafkan diri ku untuk selamanya...............

Awal pagi adik sdh meragam...biasalah sdh dengan dia tu....harap2 dia berubah dlm masa terdekat ni.. tp ni kes anak dara ku....aku lambat ambik dia d skul agama lewat dlm 15 gtu la ba...acutally drg balik 10.30 pg then aku kuar dr opis jam 10.30...so smpi sana dlm 10.50...dug dug jantungku bila ku nmpk 1 org budak ppuan berdiri di tepi jalan sambil menangis2..dlm hati ku mcm anak ku..coz aku nmpk begnya warna pink...sekali aku signal masuk p simpang skul tu exactly my dotter...kesian sungguh keadaannya.......aku tgk d sekolah..langsung tiada org lagi even ustaz atau ustazah...Ya Allah...aku bersalah ngan anak ku ni...klu ada apa2 terjadi sama dia ni mmg aku x akan maafkan diri ku even Mr. Hubby or my family mesti blame aku....but Syukur Alhamdullilah.....anak ku selamat n sanggup tunggu aku....cuma satu persoalan skrg ni..manaka tanggungjawab pihak skul?bukanka sepatutnya drg pastikan dulu semua budak sdh balik baru drg balik??sdh la kawasan skul tu x berpagar...really dangerous...nasib baik anak ku x dculik....ka or apa2 ka....Ya Allah betul2 hebat dugaan Mu.....namun aku tetap bersyukur wlupun Ko memberi dugaan yg hebat ini tp Ko juga tetap memelihara n selamatkan anak ku.......aku harap kejadian ini tidak akan berulang kembali n wlupun ada keadaan sekali pun aku tetap akan on time ambik anak ku....Andainya aku terlupa aku harap ada insan2 yg sanggup mengingatkan aku.....Nora,take it as a lesson for u...............

Isnin, Januari 17, 2011

Petua Mengasihi Insan Yang Bergelar SUAMI...

Assalamualaikum......

Jom kita ikut petua di atas ni...mudah2an kita semua dpt berkat daripada hasil tersebut.....amin.............petua ini adalah dari Pak Ngah (Farith Esmit Amir)...sama2 la kita renungkan....

1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.
3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.
8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.
10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".

11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.
13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
14. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima'. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima'. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
15. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.
16. Ketika suami anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
17. Apabila suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan nanti, anda akan menemui suami anda di syurga.

                                  Selamat Mencuba.............

Ahad, Januari 16, 2011

J' Farhan Oh J' Farhan.......

Assalamualaikum..................

Minggu ni masuk minggu ke3 sdh sekolah buka.....tp masi x perubahan bagi anak ku no 2 ni......ntah la aku pun x tau sebab musabab dia x mo p sekolah....aku la pula yg tension memikirkannya....sekarang ni asal dihantar pg sekolah alasan yg sama dia bagi tiap2 hari ialah TIDAK MO TIDUR......alasan yg kin sakit hati....bila dia ckp gtu,aku slow talk ckp its ok..x payah tidur tp diam2 ja belajar...jgn buat bising coz kawan2 lain mo tidur......

but again this morning.....kali ni pula dia lari..btl2 x mo masuk d sekolah...OMG...aku tidak tekejar but nasib baik la ada kawan 1 opis kebetulan lalu sana mo p cafe terpaksa minta bantuan untuk tahan dia supaya x lari p cafe..bayangkanla klu dia lari p cafe gtu ramai org duduk minum n makan huhuhuhu....napa la anak ku seorang ni......aku x tau mo buat apa lagi...mati akal sdh aku handle dia ni...ckp halus.....pujuk...tp makin mengada2 la pula....huhuhuhu...mo x mo terpaksa juga aku cubit..but if other people see it n think that aku x sayang anak ..... sorry ah.....u'r wrong......

Hoping that day after day, dia akan beransur2 mo p sekolah tanpa sebarang masalah lagi same as last year....Only Allah knows what im doing to my kids........wahai J' Farhan Affenddy ku...anak ku yg tersayang....hope u'll change like ur lovely sister....amin....

Ahad, Januari 09, 2011

PELITA - A.P.I

Assalamualaikum.....

Hari ni aku mo citer pasal lagu PELITA oleh gabungan kumpulan Indie iaitu Pop Shuvit, Lan & The Typewriter, Estrange , Hujan n ada lagi satu tp aku lupa la hahahah ni gabungan ini dinamakan A.P.I iaitu Angkatan Pemuzik Indie gtu la bunyinya tu hahahha...bukannya apa..aku ni suka liriknya ba tu ja...liriknya ni kira buli up aku punya spirit eventhough down nnt hahaha...

so,even aku give up ka frust ka or else buli la juga aku layan lagu ni untuk make my spirit warm up balik hahaha...sedih ga drg kalah time final AJL semlm...x best betul lah lagu Ana Raffali tu...bnyk lagi lagu yg best2 tp tu la pula menang....tahniah la coz dpt tambat hati juri ahahahha....

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
selama ini

Tak pernah sesaat daku menyesali
apa yang telah daku nikmati
apa ku alami

selagi hayat dikandung badan

*Takkan ku menyerah kalah
walau mimpi ku musnah
harapan ku hancur, sayap ku patah
kan ku pancarkan cahaya
seperti pelita ke serata dunia
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat ku mencurigai
apa yang telah aku kecapi setakat ini
tiba saatnya kan ku tangisi
pada yang pergi takkan kembali
kembali lagi

Selagi hayat dikandung badan

(ulang *)

Selagi jasadku belum terkubur
selagi tubuhku belum ditimpa uzur
pantang datuk nenek moyang ku
BERUNDUR....


Ba, jom layan lagu ni k...just klik PELITA - A.P.I.....Selamat mendengar.....

Selasa, Januari 04, 2011

Intro 2011




Assalamualaikum........................

This is my first story untuk 2011.....begitu cepatnya masa berlalu, sehingga tanpa ku sedari anak dara ku sudah menjejak kan kaki ke sekolah kebangsaan..wah hebat betul..rupa2nya anak dara ku sudah masuk 7 thn tahun ini......tahun ini la cabaran yang hebat bagi aku....apa tidaknya, anak dara ku tu sekolah 1 hari..pagi sekolah agama n petang sekolah kebangsaan..sian ga tgk tp demi masa depannya terpaksa la berjuang.......mudah2an murah rezeki anak dara ku nnt besar....mudah2an impiannya mo jadi doktor tercapai....so,bila ku tua nnt x payah la ulang alik p hospital klu sakit nnt hahahaha tu pun klu panjang umur....

tu story pasal anak dara ku then skrg ni story pasal anak teruna ku yang badan besar tp jiwa sentimental.
anak teruna ku ni tahun ni masuk 6 thn so kira tahun kedua la dia sekolah tabika tp huahuahuahua kin geram...adaka patut first day p sekolah dia menangis...huahuahua kin malu ja..badan ja besar...klu first time p sekolah x apa juga ni...bukannya apa...dia ni kes kecarian kakaknya coz this year dorang sudah terpisah....terlampau manja n depend ngan kakaknya ba dia tu..kin geram pun ada...kin kesian pun ada....smpi la sekarang ni masih lagi x mood mo p sekolah...buat masa ni aku layan ja la peelnya tu dengan doa dan harapan moga2 hatinya terbuka untuk p sekolah...mudah2an la amin.....bukannya apa aku mo impiannya mo jadi engineer n buat kapal terbang mcm pasukan The Eyes tercapai.....n yg paling penting dia mo p Jepun mo jumpa ultraman cosmos hahahaha...impian yang hebat,harap tercapai.

so skrg citer pasal anak teruna ku c kecik tu aka ultraman cosmos aka jerry hahahaha buat masa ni dia suka dpanggil c jerry coz dia ni paling kecik tp tu la dia yg suka mengusik klu org diam hahahah then dlm bulan ni 24hb genapla umurnya 2 tahun...begitu cepatnya masa berlalu...aku rasa mcm baru ja aku bersalinkan dia....tapi tu la kan..kita ni hanya hamba di muka bumi ni...segala2nya adalah kuasa yg Maha Esa....dan yg paling penting...untuk kesedaran diri,bagi diri ku ni x lama lagi akan bertambah la angka umur ku hahaha......Mudah2an apa yg diimpikan selama ini tercapai...amin.....

Moga2 tahun 2011 ni dapat mengukir sejuta kemanisan dalam diri ku dan keluarga.....jika ada kepahitan anggapla itu sebagai dugaan dan ujian Nya.......